Pengkhususan pada kerja-kerja fotografi perkahwinan, korporat dan editing. Hubungi kami untuk keterangan lanjut bermula pakej serendah RM450 sepanjang 2010.

Wednesday, October 6, 2010

Teknik Fotografi Bunga




Terdapat beberapa tips penting yang kebiasaannya diamalkan oleh kebanyakan jurugambar dalam teknik menggambar subjek ini. Kenapa Bunga..?
Selain potret bunga adalah pilihan utama sejak mula-mula terciptanya kamera di dalam tamadun manusia. Lukisan juga banyak memilih bunga sebagai subjek seni mereka. Bunga sering menjadi pilihan muka kalendar, setem dan sebagainya. 
Bunga jugalah subjek yang sering menjadi pilihan dalam kebanyakan pertandingan Fotografi... So... Mari belajar mengambil gambar bunga...

Tips 


1: Dapatkan sudut dan jarak berdiri terbaik. Ambil kira kemampuan lense anda. Cahaya dan  perancangan untuk latar belakang adalah amat penting. Pastikan keadaan sekeliling yang tidak berangin. Kerana itu kebanyakan foto bunga yang menarik sering dilakukan di dalam studio dengan bantuan cahaya artificial.


2. Cuba kepelbagaian set-up untuk shutter speed dan appreature. Dapatkan latarbelakang kabur dan agak gelap untuk memberi lebih fokus pada subjek anda.


3. Bunga adalah lebih menarik kerana 'detail' semulajadi yang ada padanya seperti urat, air, semut, debunga dan bayang antara susunan kelopak. Semakin hampir anda dengan subjek, semakin fokus anda kepada subjek dan semakin baik penggunaan lense untuk subjek.. Pasti semakin menarik hasil akhirnya. Two Thumb up untuk Close-Up...


4. Gunakan tripod. Dapatkan postur dan gerakan yang stabil sekiranya anda memotret di luar studio. Close-up yang tidak stabil menyebabkan hasil akhirnya yang bergegar dan kerosakan antara fokus imej dan latar belakang. 


5. Pagi adalah waktu terbaik...dalam banyak sebab. Pertama, cahaya dan kesegaran bunga pada waktu pagi lebih menarik. Anda mungkin dapat melihat embun dan serangga yang keluar mencari makan. Itu adalah bonus untuk gambar-gambar seterusnya dalam koleksi anda. 


6. Jangan pilih Bunga yang rosak.......walau cuma sehelai kelopak dalam mana-mana pertandingan Fotografi.

No comments:

Post a Comment