Pengkhususan pada kerja-kerja fotografi perkahwinan, korporat dan editing. Hubungi kami untuk keterangan lanjut bermula pakej serendah RM450 sepanjang 2010.

Tuesday, October 26, 2010

catCing

Dah malas aku nak bela kucing...takut sedih... amik street cat jer... layan gak..
mereka pelari yang cekap.



Sunday, October 17, 2010

LayangDAY- Dataran Shah Alam 16-17 Oktober 2010 (3)

















asrul+zira KanchongDarat Banting 161010




LayangDAY- Dataran Shah Alam 16-17 Oktober 2010 (2)

Waduh..!! Masih handsome..aku..
Argh..!!! Itu... itu.....!! Yang itu.............
Tertinggal Penerbangan...?
Layang-Layang mahu hadiah...
Tuan punya Layang-Layang paling tinggi di gambar..
Pengadil dalam rantai.. Peserta luar rantai..  Penyokong.... 10 kaki ke belakang
Kau dongak ke langit.... Aku tunduk ke Bumi..

Saturday, October 16, 2010

LayangDAY- Dataran Shah Alam 16-17 Oktober 2010 (1)

Hari ini Kami hitam..dengan kepanasan suhu bumi.
Selamat menyejukkan bumi dengan gambar-gambar bakal upload pada malam 17 Oktober 2010.
Salam...

Sunday, October 10, 2010

awang

Font maniac...serabut cool.
Ter'overdose' brush walaupun saya jarang bersifat begini dalam editing. Untuk Awang... saya punggah habis semua
]berus-berus pendam dalam library photoshop asalkan macho bergaya walau cuma dari bawah pokok.






Thursday, October 7, 2010

Penang Malam UNESCO 2 Tahun

Salsa dansa..bakal jadi rutin tahunan mulai dari tahun ini.

Bangunan Majlis Perbandaran Pulau Pinang.

Yang kiri itu tingkap.. Yang kanan itu Jendela. 

Tinggalan colonial yang tertinggal di Tanah. Pemikiran colonial yang masih tertinggal di kepala. Kita manga doktrin.


Penang dari sisi kiri ke sudut kanan. Kerana kiri juga adalah kanan waktu membelakanginya.
Malam sambutan Georgetown bandar warisan UNESCO. Selamat Malam Penang..

Penang 2

Sudut poskad 70'an. Kebanyakan poskad keluaran tahun-tahun ini menjelaskan perspektif itu sebagai garis subjek kepadatan. Susun letaknya sering kali simetri. Berapakah titik perspektif gambar ini...?

Mari mengira sama....walaupun sudah berpuluh2 kali saya mengiranya.

Wednesday, October 6, 2010

Teknik Fotografi Bunga




Terdapat beberapa tips penting yang kebiasaannya diamalkan oleh kebanyakan jurugambar dalam teknik menggambar subjek ini. Kenapa Bunga..?
Selain potret bunga adalah pilihan utama sejak mula-mula terciptanya kamera di dalam tamadun manusia. Lukisan juga banyak memilih bunga sebagai subjek seni mereka. Bunga sering menjadi pilihan muka kalendar, setem dan sebagainya. 
Bunga jugalah subjek yang sering menjadi pilihan dalam kebanyakan pertandingan Fotografi... So... Mari belajar mengambil gambar bunga...

Tips 


1: Dapatkan sudut dan jarak berdiri terbaik. Ambil kira kemampuan lense anda. Cahaya dan  perancangan untuk latar belakang adalah amat penting. Pastikan keadaan sekeliling yang tidak berangin. Kerana itu kebanyakan foto bunga yang menarik sering dilakukan di dalam studio dengan bantuan cahaya artificial.


2. Cuba kepelbagaian set-up untuk shutter speed dan appreature. Dapatkan latarbelakang kabur dan agak gelap untuk memberi lebih fokus pada subjek anda.


3. Bunga adalah lebih menarik kerana 'detail' semulajadi yang ada padanya seperti urat, air, semut, debunga dan bayang antara susunan kelopak. Semakin hampir anda dengan subjek, semakin fokus anda kepada subjek dan semakin baik penggunaan lense untuk subjek.. Pasti semakin menarik hasil akhirnya. Two Thumb up untuk Close-Up...


4. Gunakan tripod. Dapatkan postur dan gerakan yang stabil sekiranya anda memotret di luar studio. Close-up yang tidak stabil menyebabkan hasil akhirnya yang bergegar dan kerosakan antara fokus imej dan latar belakang. 


5. Pagi adalah waktu terbaik...dalam banyak sebab. Pertama, cahaya dan kesegaran bunga pada waktu pagi lebih menarik. Anda mungkin dapat melihat embun dan serangga yang keluar mencari makan. Itu adalah bonus untuk gambar-gambar seterusnya dalam koleksi anda. 


6. Jangan pilih Bunga yang rosak.......walau cuma sehelai kelopak dalam mana-mana pertandingan Fotografi.

Pasar Karat 1





Pasar karat adalah mesin masa untuk kembali ke zaman lampau......
Tanpa perlu bersendat-sendat ke dalam laci khurafat Doraemon menumpang kebodohan Nobita.